06 Oktober 2010

..HaRGaiLaH OraNg YaNg MeNyaYaNgi Kita SeLaGi MeReKa MaSiH aDa..

Coretan ni khas di tujukan buat insan yang tak pernah jemu support aku dari dulu hingga kini..Bagi aku,merekalah semangat dan nyawaku dari dulu hingga kini..Betul lah kata orang kita jangan terlalu menyanjungi pasangan kita melebihi kedua org tua kita kerana di saat kita tiada jodoh waktu itulah kita tahu siapa yang patut kita sanjungi..


Mak,Seorang insan mulia yang melahirkan aku pada 23 Disember 1986 dengan penuh kepayahan dan kesakitan..Menjaga dan menyayangiku dengan penuh kasih sayang.Ingat lagi sewaktu aku baru sahaja dapat tawaran kerja dekat KUANTAN 3 tahun yang lepas,mak lah orang yang sentiasa support aku bagi nasihat kat aku..Kata emak kita patut rebut peluang yang ada selagi kita masih muda dan ada kudrat..Dan mak cakap lagi aku perlu belajar berdikari supaya aku tahu erti kesusahan dalam hidup ni..aku ni mmg manja ngan mak n ayah sejak dari dulu..Apa-apa yang aku nak buat mesti aku minta tolong mak ngan ayah..Tak pernah aku berdiri atas kaki ku sendiri.Oh betapa aku terlalu banyak menyusahkan mereka..Selepas aku mula merantau di tempat orang barulah aku tahu betapa peritnya hidup ni..Ya Allah betul2 perit.Sampaikan pernah aku tak makan kerana saving duit utk bayar duit umah sewa dan bayar macam2 lagi...Betapa nikmatnya makan masakan mak yang dulunya aku xpernah hiraukan kesedapannya,betapa nikmatnya duduk di rumah ku dulu yang penuh dengan gelak tawa adik-adik ku dan gelak tawa mak ayah ku saat mereka usik mengusik..Rindunya aku pada saat itu..=(
Walau aku punyai berjuta kawan di seluruh pelusuk negeri itu aku tipu tapi hati ini tetap rasa sunyi sebab tiada belaian dari mak dan ayah..Dulu aku selalu buat mak aku terasa hati..Pernah sekali aku nampak mak aku mengesat air mata nya kerana kata2 aku..Ya Allah berdosanya aku kerana aku telah membuatkan mak aku menangis..Tak berkatnya hidup aku..Saat aku melihat mak aku menangis aku terus masuk bilikku dan meraung dengan sekuat hati kerana menyesal ngan kesilapanku..Terfikir aku kenapa aku tidak boleh sabar ngan karenah mak aku yang secubit kuman itu sedangkan karenah aku tak terkira nakalnya..Mak aku tak pernah memarihiku lau bercakap pun bahasanya lembut sahaja..Ya Allah betapa bertuahnya aku punyai mak yang penuh dengan rasa kasih sayang pada anak2nya..Mak,inda sayang mak sangat2..Inda tahu mak terlalu menyanyangi anak2 mak..Mak tak pernah bercakap kasar dengan anak2 mak dan satu sikap mak yang inda puji mak suka hiburkan anak2 mak di kala anak2 mak dalam kesedihan..Pernah dulu ketika mak demam mak tetap gagahkan diri mak utk masak makanan kegemaran anak2 mak..Mak adalah idola inda dari dulu hingga kini..Mak seorang insan yang tabah..Inda janji inda tak kan pernah sakiti mak dan ayah lagi,inda janji nak saving duit utk besarkan umah kita supaya mak dan ayah selesa..
..Nyawa dan nadiku dari dulu hingga kini..





Oh aku tertouching sudah.....;-(













Dah2 xmo nangis lagik...
Yang penting buat masa ini adalah hargai orang yang menyayangi kita selagi hayat mereka masih ada...



Nenek inda,suka jgak manja kan inda..
Sayang nenek sangat2..

Dan budak tecikkk ni..
Cayang dia jgk..hihi








Betapa bertuahnya kita masih punyai ibu bapa..
Dan betapa syahdunya bila di saat kita perlukan belaian
dari orang tua kita tapi orang tua kita sudah pergi
selama-lamanya mengadap Illahi..


7 ulasan:

Roxy berkata...

touching :( sobsobsob..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ berkata...

sob sob sob...

lan_ax berkata...

linda.. besday kita dekat sangat.. sy muda 5 hari dari awak..
http://www.duitlama2u.blogspot.com/

Linda Sidek berkata...

Sofea-
Thanks dear sudi baca luahan ni..

Linda Sidek berkata...

Meniti Senja-
ko sedih gak ker bro?

Linda Sidek berkata...

Ian_ax-
Yer ker,nanti kita lh sambut besday skli ah erkk..=)

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.