03 November 2010

..NaLuRi WaNitaKu TeRsEntuH..

Salam pembaca blogku yang setia...
N3 yang semalam tu nanti inda sambung ea sebab jari jemari ni
tiba2 laju jer nak menaip tentang hati wanita ku yang mudah
tersentuh bila melihat orang dalam kesusahan,org2 tua,makcik2
tukang sapu,dan org2 teraniaya...
Ermmmmm,sambil menghela nafas yang panjang tanganku
mula rancak menari,menaip setiap perkataan yang bermain
di benak mindaku...Hati terlalu sayu bila di kenangkan kembali
peristiwa2 yang pernah ku alami...Peristiwa ni akan
teros terpahat dalam sanubariku sampai kapan pow.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Peristiwa itu..
Di suatu malam yang dingin sedang aku mahu melelapkan mata
tiba2 tetttt..tettt..1 message received dari no yang asing bagiku.
Penghantar massage:Salam,aku dah sapa kat terminal ni..Dtg ah ambk aku ok.
aku dalam kebingungan + mamai tros delete massage tu..Entah no saper2 jer yang
sesat kang malam2 cam gini tersilap massage kat aku..Grrrr
Beberapa jam pah tu dia massage aku lagi..
Penghantar massage tadi:iDa,tlg lah dtg ambk aku..aku dah sapa kat terminal ni
aku nak col kau pon aku takde krdt ni..Tlg lah lama aku tgu ni..
Massage dari dia tu wak aku tersentuh,tak lama kemudian aku massage dia balik..
Aku:Salam,awk..Saya ni bukan ida..Awk silap no ni..
Dia:Wksalam,Ya Allah yer ker awk?abis tu awk ni siapa?Kawan ida ker?
adik beradik ida ker?
Aku:Saya tak de kawan nama ida dan saya tak tahu saper dia ida tu.
Dia:Ya Allah,sedihnya kenapa lah dia tipu saya?Kenapa dia bg no yang salah pada
saya..Ni saya nak panggil adik?akak?abg?pakcik atau makcik?Maaf sgt2 sebab dah ggu awak
mlm2 ni..Ida tu kwn sekampung saya,dia janji dia nk cari kje utk saya dkt kuantan ni.
Tapi knp dia bg no org lain plak?
Sebelum sempat aku nak blas massage dia,dia ato massage kat aku lagi..
Dia:Saya baru jer khilangan mak beberapa minggu yang lepas dan skrg saya dah xpunyai
siapa2 lagi..Saya dtg ker kuantan ni pon krna mahu lupa kesedihan saya..Saya mahu
bina hidup baru..Mungkn ini lah balasan Tuhan pada saya kerana dulu saya pernah derhaka
pada arwah mak dan ayah saya..Ni lah balasan pada dosa saya yang lalu..
Ya Allah,air mata aku xdapat di bendung lagi..aku tak tahu knp aku cukup tersentuh
dengan cerita dia tu?Padahal aku tak tahu dia tu siapa...aku massage dia,bagi dia
semangat utk harungi semua ni..Lau lah aku berdaya mahu jer tgoh2 malam tu
jugak aku nak pergi terminal utk pastikan dia ok,xpon sekadar bagi dia semangat..
Tapi hati aku terbelah bagi sbb aku tak tahu samaada dia tu baik @ ada niat jahat
di sebalik semua ini..Aku putuskan aku tak pergi..Dan aku tak berhenti2 massage dia utk pastikan dia selamat.aku suruh dia balik semula ke kampung halamannya tapi dia
cakap dalam poket hanya ada RM1.20..Hati aku hancur luluh sekali lagi..
Ya Allah,apa yang harus aku lakukan?Tlglah dia Ya Allah..Dia insan yang teraniaya..
Pah tu bila aku massage dia lagi dah tiada balasan,aku col pon hanya pesanan suara jer
yang dapat aku dengar..aku teros berdoa moga2 budak tu baik2 ajer.
Kesudahannya aku tidur dalam keadaan yang risau,sedih,sayu dan macam2 lagi
yang aku fikirkan..Padahal dia bukan apa2 pon bagiku,dia bkn saudaraku..Tapi
lama2 aku mngerti bahawa kita semua adalah bersaudara..Kita adalah umat
Nabi Muhammad S.A.W dan yang membezakan kita adalah darjat dan pangkat
tapi hakikatnya kita sama sahaja pada pandangan Allah S.W.T...
Selang beberapa hari aku cuba hubungi dia tapi still lg gagal..
.
.
.
.
Lama kelamaan aku cuba lupakan peristiwa itu....
Pada suatu hari aku ada terima panggilan..Tentera satu no telefon
yang amat ku nanti selama ini..
Dia:Assalamualaikum..
Aku:WkSalam..
Dia:Igt saya lagi tak?
Aku:Yer2,igt..Kat mana ni?awk ok?(Nada risau)
Dia:Sy ok..Ni nk panggil akak ker makcik yer?saya umo 19tahun,nama Halil.
Aku:Panggil akak jer dik..adik kat mana ni?
Dia:Akak,sebenarnya adik baru balik dari kjer ni.Sebenarnya pada malam tu
telefon saya bateri low lah akak..Ni baru tergerak hati mahu ON kang fone..
Tgok massage dan coll dari no akak byk sgt tu saya coll akak..Terima kasih
yer akak krna ambk berat pasal saya insan hina ni..Saya xthu cam mner mahu
bls jasa2 akak pada saya..
Aku:Adik,akak xbuat apa2 pon utk adik..Akak mtk maf sbb xmampu nak g ambk
adik kt terminal itu hari..Sbb akak xthu nk mtk tlg sesiapa utk temani akak..
Dia:Akak,bg adik jasa akak terlalu besar..Wlpow akak xdtg kat terminal itu
hari tp massage2 dr akak tu wak adik betol2 terharu..Terharu kerana
masih ada insan yang baik hati dalam dunia ni..Akak terlalu baik bg adik..
adik xkenali akak tapi naluri adik kuat mgatakan akak ni baik orgnya..
Aku:(Touching)tapi aku tahan..
Dia:Skrg adik kjer buat jalan dekat area kuantan ni,pada mlm tu adik tido dekat
kaki lima di terminal tu..Keesokan paginya ada seorg pakcik ni tlh mgejutkan saya dari
tido..Bila adik ceritakan segalanya ttg masalah adik,dia sudi ajak adik tinggal bersama
dia dan kawan2 dia..Beberapa hari adik hanya mgenang nasib adik..Lama kemudiaan
adik menyuarakan hasrat utk bkjer dgn pakcik yg baik tu..Tak tahu lah selepas ini
cam maner kehidupan adik..Ujian apa lagi yang mahu datang pada adik..
Tapi adik redha akak,adik redha pada setiap ujian dariNYA.
Sekali lagi dia buat aku menangis..
haipppp,airmata ni murah betol lah......
Dan di akhir perbualan aku teros memberi nya semangat utk teros
berjuang dalam hidup..Jangan terlalu cepat putus asa dan jgn jadikan
diri kita mudah di tindas oleh org lain..
Doa akak sentiasa bersama adikk..
Percayalah dikkk,di sebalik awan mendung yang berarak
pasti Tuhan hadiahkan kita pelangi yang amat cantik utk
buat kita tersenyum bahagia...
Tuhan xkang menguji umat nya yang xmampu mgalas ujianNYA
yang maha berat..Kiranya adik insan teristimewa yang di pilih
olehNYA utk lalui ujian ini..adik tabah,adik suka mnyebut nama Allah bila
di dalam kesusahan..akak tabik pada adik..adik berjaya harungi semua ni..
Setelah lama kitaorg saling berhubung,tiba2 dia dah hilang..
aku tak tahu ke mana mahu mencarinya..Telefon sudah tamat talian.
Hingga saat ini aku masih memikirkan ttg nasibnya...
Setiap kali aku igt dia,tiap kali tu lah airmata aku mgalir..
aku sentiasa berdoa utknya,moga dia selamat dari yang
menjahati dan yang menzaliminya..
Amin Ya Rabbal Alamin.....
.
.
.
Sesungguhnya yang baik datang darimu Ya Allah
dan yang terhina datang dari hambamu yang
serba kekurangan ini...



Tiada ulasan: